Assalamualaikum.
Sesaja aku bukak belog yang dah lama tak diberi perhatian ni,tiba tiba guwa dikezutkan lagi dengan follower baru.Dah dari mana pulak dia tau aku ada blog ni.*hai dyana sambil lelambai tangan*.Nampak ada kemajuan ye blog saat dia menaip ini.Biasalah hidup kena ada kemajuan,kalau static tu mati namanya.
Macam semalam aku berjaya memajukan diri aku setapak apabila berjaya buat kuih karipap.Todiaa.aku tak pernah pikir yang aku akan berjaya buat karipap sebab aku selalu rasa buat karipap tu kerja opah dan emak-emak.Opah merujuk kepada opah aku dan emak-emak merujuk kepada mummy dan makcik-makcik aku.Sebab kalau kat kampung nak makan karipap golongan2 ni yang tukang buatnya.Tetapi semalam bagai kera mendapat bunga,sazura mendapat daging dan kentang,lantas aku gigih memasak inti.Tung tang tung tang siap satu kuali besar inti kentang dengan daging.Pheww.Mak mertua mana yang mahu tolak tuah ambik aku ni sila mengaku cepat?Doh karipap kawan aku buat lah,ofkos la kerja sama berbagi mak mertua sama dicari.Kalau dah aku sorang nak buat semua,nanti aku sorang je dapat bakal mak mertua,kawan aku tak dapat pulak.Kehkeh
Hari ni pulak aku mencarik satu lagi kemajuan.Tadi dengan takut takutnya aku pergi call pihak kedutaan.Kedutaan tau uolls.Pong pang pong pang aku cerita masalah rumah aku mintak pendapat pihak kedutaan untuk selesaikan.The point is bukan aku nak cerita apa suggestion orang kedutaan tu,tapi the point is yang korang kena nampak ialah keberanian aku menelepon Encik ludinata tu.Wah kemain nama.Lebih kurang pelakon Kuswadinata.Takut aku time sebut nama dia dlm fon tadi "Assalamualaikum,ini encik Ludinata ye?Nama saya ras,Saya student dekat unhas makassar,saya ada masalah nak cerita dekat encik,encik ada masa ke?" gitteww aku berbudi bahasa.Tell me again calon menantu yang baik tak aku ni?
Bukan nak membangga atau membatak sebab dapat buat karipap dan telefon pihak kedutaan.Tapi nak tunjuk lah kita kena ada improvement.Gittew.Kalau dulu kat malaysia,nak call order pizza hut pon guwa tak berani.Mesti gaduh gaduh punya sebab A suruh B call,B suruh A call.Tapi kini,insyaAllah lebih berani sedikit,(tapi kena 17 kali karang ayat dulu la nak cakap apa lulz)
Ya sudahlah,harus bersiap.Malam ni kitorang ada ladies night dekat griya.Buat bbq bersama all girlfriends.Hihik
*kalau buat karipap punya design tu,kita panggil kilin kan?"tolong kilin karipap ni".tapi kawan aku panggil lipat.yes mari lipat karipap.lol:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment