Assalamualaikum
Entry kali ini ditaip di atas faktor rasa bebal kerana tidak dapat mancari references untuk menyiapkan assignment yang perlu dan harus dihantar pada esok hari.Jadi impuls-impuls terus dihantar ke otak supaya tangan bergegas ke ruang posting.*kenapa kadang2 aku rasa penulisan aku ada berbaur ke-indonan.Tapi bila baca balik ada rasa melayu lagi,ok ignore
Belajar kat sini memang setail dia bila nak masuk satu-satu system tu akan ada preface assignment.Ok fine aku tak kesah .Baguslah.atleast kau tau apa kau nak belajar nanti.Tapi tapi yang tak berapa digemari adalah,esok nak hantar petang ni baru bagi tau tugasan apa.Ok ok fine boleh terima lagi.Yang lagi lagi aku tak gemar syarat syarat wajib dia tu..Pehhhh kemain strict,contoh eh contoh eh..gunakan tinta biru.Ok kat sini mmg semua assignment kena tulis tangan jangan harap nak taip.Ok fine lagi tinta biru takde hal.Eh melampau guna tinta cakap pen dakwan biru sudahh.Next,margin 4,4,3,3cm wahhh ni paling malas nak buat.Nak buat margin pon dah satu jam.Ok tipu.Tapi lama jugaklah kan.Ok next,cover untuk group A warna turqoise group B warna blue-black,C warna emas dan lain2.Woihhh meriah kemain,cover je pon.Putih sudahlah.Next syarat lagi,referensi harus minimal dua jurnal bahasa indonesia dua jurnal bahasa inggeris.Whattthe.Last2 yang indonesia tu kene pulakk translate to english.Apa motif sebenarnya ni.Suruh je la carik yg english.kan senang.*ok emo
Nampak tak nampak tak sebab menyebab last-last sekali kau pergi bukak fecebook bukak twitter bukak blog update entry baru macam aku buat sekarang!!last-last entry siap satu,assignment dibiarkan kaku.Wahhh pantun kau jah.
*ok sambung buat assignment kalau nak tidur awal.
Tuesday, 29 November 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
