.





Monday, 25 July 2011

plkn

Assalamualaikum
  lama sudah kutinggalkan belog picisan ni.naseb baik tinggalkan lama-lama tak ade apa-apa yang terjadi padanya.ecewahh.tiga entry yang pertama je semangat melimpah ruah sekarang cuma mampu memandang screen dengan penuh kesantunan,jari jemari static bak tugu negara di atas keyboard,sampai screen saver keluar takde satu benda pon yang di taip.sungguh sedih sekali bila kejadian macam ni berlaku.
  baiklah,mulakan menaip sekarang.haritu baru pergi berjimba bersama rakan-rakan plkn dekat jusco bukit tinggi.memang sangat rindu pada makhluk-makhluk ini.dah lebih setahun kot baru ada chance nak jumpa.dulu dekat plkn mereka-mereka inilah rakan berjoyah,rakan melahap,rakan bergelak ketawa tahap tak sedar diri,rakan berkawad di kesejukan waktu subuh dah kepanasan waktu petang,dan rakan berbagai fungsi lagi.
  mula-mula dapat tau yang diri sendiri dapat plkn.macam 'oh aku dapat plkn,aku ok!!!' takde menangis,meraung,meroyan semua ni.aku tau kalau buat semua tu pon tidak akan berganjak nama aku daripada list orang-orang- yang- bertuah-dan-patut-berbangga-kerana-icnya-dipilih-oleh-komputer-kerajaan.jadi harus redha seredha redhanya.jadi,bila orang tanya,"kau dapat plkn?" haruslah menyelitkan sedikit kebanggan dan keyakinan sewaktu memberikan jawapan."ye,dapat!!",walaupon dalam hati hanya kau yang tau berapa jumlah carutan yang dah keluar.hihik
  tapi percayalah,plkn tak teruk mana pon.relax-relax je weyh.ok itu tipu habisss.ehh biasalah whatt do you expect bila baca 'program latihan khidmat negara' takkan duduk-duduk bawah aircond sambil dengar lagu justin bieber pulak.ye tak??setakat bangun awal pagi,ayam pon tak berkokok lagi,perbarisan,senam aerobik,kawad,kelas-kelas jati diri,kenegaraan semua tu,takde benda lah weyh.kalau benda macam tu pon tak boleh buat jangan mengaku hang warganegara malaysia lah.wahhh kemain overr nak kutuk orang.
  jadi pada sesiapa yang dapat plkn tu toksahh dok kalut sangat sampai bersusah payah mereka-reka jenis penyakit konon -konon dengan penyakit yang dia ada tu  terselamatlah dirinya dari bencana yang bakal menimpa.ptuihhh.tuhan tarik betul-betul nikmat sehat tu baru kau tau.pergilah dengan kerelaan dan kesantunan yang tinggi supaya anda bahagia disana.aku dulu punyalah bahagia di plkn sampai jurulatih cakap tarikh tamat latihan kitorang diawalkan sedih kemain.haha
  *kerajaan patut berbangga sebab pilih aku masuk plkn,sebab aku sampai sekarang tak guna lagi duit elaun maki hamun yang dia bagi tu.baik tak baik?
   
 

Friday, 15 July 2011

dinner pizza hut ouhh.

Assalamualaikum
  Pergi baca tajuk balik.okay dah.bukan nak gebang sebenarnya.apa ada hal setakat makan pizza pon nak kecoh sekampung.itu bukan prinsip hidup gadis-gadis sopan sperti saya.hihik.saya sangat menyedari,ada orang yang hari-hari pon dia makan pizza.ada yang,bukan kata hari-hari lagi,setiap waktu makan dia lanyak pizza.mak aihh tu diaa habaq hang!kalau sehari jadual makan dia tujuhbelas kali,makna kata tujuhbelas kali dia telan pizza.takde hal pon kan.jadi tidak perlulah kau bergebang sakan sazura.dah la kalau setakat setiap kali makan pizza pon order benda yang sama je weyh.ptuihhh.tiada anjakan paradigma langsung.
  Dulu kan,waktu zaman zaman pizza baru nak up kan.ecehhh zaman pizza nak up ke zaman aku baru nak up sebenarnya ni.abaikan.kan dekat pizza ada soup.lepastu aku macam baca menu tak habis.biasalah budak baru nak up kan.hihik.aku baca 'soup of the day'.sampai situ je.sambungan dia aku tak baca pulak.damn betul.lepas tu aku macam" perghhh,cool gila nama dia,soup of the day kot,kreatif betul diorang ni bagi nama".bangga gila aku bila tau nama soup tu macam tu punya sedap.haha.setelah sekian lama keterujaan terhadap nama soup tu bermaharajalela dalam hati ni dan last-last bila dapat tau yang soup of the day atau sarikata bahasa melayunya 'sup hari ini' terbahagi kepada sup ayam,sup cendawan atau apa apa sup yang lain.baru aku macam hmmmmphhhhhhhh-_______________- noob gila aku ni.sia-sia selama ni excited bagai nak rak.
  *malu ahh macamni :(.korang tak rasa malu sekali ke?
 

Thursday, 14 July 2011

kuning itu exclusive meyh

assalamualaikum
  ouh sejak kebelakangan ni,mata ni cepat je terpesona,terpegun ,tergoda,tersuka dekat apa2 benda yang berwarna kuning.yer kuning.dulu jangan cakap lah,tengok benda kuning rasa macam 'ehh ape dah takde warna lain ke kat dunia ni?kasi tukarlah!!!benci wa tengok,'tu diaaa punya allergic kat warna kuning,agak-agaknya sebab tu telur kuning pon tak nak makan.haha.okay takde kene mengena.sampai kan sapa masuk rumah sukan kuning aku rasa dia loser,sape pakai digi dia tak setail.gara-gara mengambil asas kuning.haha and dulu aku rasa raja je yang sesuai pakai warna warna kuning ni.makna kata,kalau dia raja,maka kuning itu nampak cantiklah dengan tak semena-menanya,tapi kalau kau bukan raja,maka silalah buat perubahan serta merta!terima kasih.
  tapi itu dulu punya cerita,sekarang tiada lagi diskriminasi terhadap warna kuning.haha.sekarang kalau nak beli baju,nak beli jam,nak beli bag,nak beli kasut,nak beli casing handphone pon kalau boleh nak yang warna kuning je.sepertinya sekarang kuning tu lah warna yang paling TERUNGGUL kat dunia ni.haishhhh..tapi mak aku macam tak berapa nak membenarkan sangat pembelian terhadap barang-barang berwarna kuning ni.kejadah apa semua barang nak warna kuning??kau ingat kuning masuk dengan semua warna.kalau baju merah tiba-tiba pakai beg kuning tak ke dah jadi bendera selangor.PTUIHHH.
  nampaknya kena tukarlah minat kepada warna warna yang lebih selamat.jangan nak merepek gaban sangat suka warna-warna striking ni.huhhh.
 *ouh jangat kaitkan entry ni dengan BERSIH.tapi serius, tengok orang BERSIH pakai baju kuning nampak cool.hakhak.

Wednesday, 13 July 2011

kalau kat buku2 teks tulis-Pendahuluan.

Assalamualaikum.
 pergh nervous kot nak menulis entry pertama.perasaannya sepeti nak pergi interview cakap bahasa inggeris.mungkin bagi sesetengah orang,nak buat blog sekarang kira ketinggalan zaman dah,outdated sungguh!sebab ada orang yang dah ade dua tiga belog persendirian.ade yang siap dah sambut anniversery blog dia yang ke-3 tahun. ada yang siap dah delete blog sebab kononnya dah lama sangat dia ade blog.kalau teruskan macam menyimpan buku teks sains bahasa malaysia padahal orang dah guna bahasa inggeris punya.haihh,ape pon aku nak buat jugak blog aku.ia seumpama dah banyak orang lahir kat muka bumi ni.kenapa kau nak lahir lagi?kau tak rasa kau macam dah ketinggalan sangat ke?tapi ye lah, jawapannya kalau kau tak lahir,then orang2 atas kau dah 'pergi' siapa yang nak menghuni bumi ini.sama jugak kalau dah pemblog2 tegar di bumi ini tak nak berbelogging lagi siapa nak sambung usaha mereka untuk mmbuat bahan bacaan alam maya!kannn?itulah analogi yang aku boleh fikir.maaf andai kurang relevan.
 ohh lagi satu sebab aku nak buat blog adalah ia akan menjadi lebih mudah untuk aku follow blog orang lain dan singgah mengkomen kalau ade blog sendiri.tak manis lah kalau pergi blog orang dan comment dengan nama anonymous.seumpama pergi kenduri kawen orang padahal kau tak dijemput.begitukah??maaf sekali lagi kerana memberi contoh serabut cap ayam ini.
 lagi,lagi sebab apa nak ada blog?ouh mungkin juga senang untuk memberitahu rakan-rakan ape yang jadi pada hidup aku.ape pendapat aku tentang sesuatu perkara.ye lah bila masing-masing duduk jauh2,susah sungguh nak berjoyah sama-sama.mungkin bloglah medium yang sesuai.kalau nak cerita dekat fesbuk mungkin panjang sangat.ye dak??*kali ni tak perlu bagi contoh dan perumpamaan kerana mungkin akan sekali lagi menghasilkan contoh yang bercap ayam.huhh
 ouhh cukuplah kali ini punya entry.macam dah panjang sangat kau menaip sazura.bukannya ade orang nak baca pon.haha.
 sehinnga berjumpa lagi.ecehhh