.





Sunday, 28 August 2011

hari raya

assalamualaikum
  sebenarnya saat menaip entry ini,masih tak tau hari raya akan terjadi bila.serioussss.haha.and i was like "lantaklah hari raya bila pon.aku malas nak ambik tau".tu diaaaa,,punya emosi.haha.tak dapat raya langsung baru tau.haihhhh.
  bukan takde semangat nak raya ke or bukan takde feel nak raya ke,tapi dia macam satu rasa dimana hilang  rasa excited 'yeay yeay esok raya yeay yeay esok raya'sambil melompat-lompat  yang selalu perasaan tu ada waktu hidup kat malaysia.wahhh paham tak apa yang cuba disampaikan ni??
  even akan tetap ada majlis sambutan hari raya untuk golongan-golongan senasib yang tak dapat pulang ke malaysia nanti,but stilll.yeah but stilllll rasa dia lain wehh.gua tak tipu punya.haha.tambah-tambah lagi bila orang dok tanya "eh lu tak balik ke raya ni? eh indonesia je kan,bukan jauh mana ponggg!!,ehh balik tak raya ni?mesti balik punya,kan dekatt je."dan berapa banyak soalan lain yang lebih kurang serupa dan dimulakan dengan ayat "eh bla bla bla".-_________-
  bukan nak salah kan mereka-mereka si golongan penanya.takk!!kalau takde orang tanya pon haru jugak kan.nampak sangat takde sapa kesah kau dekat mana pon.haha,atleast orang tanya terharu jugak diri ini sambil feeling-feeling disayangi semua orang.hewhewhew.tapi masalahnya bila jawapan yang terpaksa dibagi tu agak memilukan so itu yang buat rasa kadang-kadang soalan itu tak perlu ditanya.hahah.kan lebih baik korang tanya"agak-agak raya ni aku belikan tiket untuk kau boleh sazura??boleh tak aku nak belikan?kau kasi tak??"haa itu punya soalan takde sape nak tanya,kalau tak komfem aku boleh jawab dengan yakin sambil mendongak ke langit.fuhhh
  but still even ada berduyun-duyun orang yang baik hati +kaya terlebih sampai sebok nak sponsor tiket flight aku pon yang tanya soalan macam tu jawapannya tetap tak boleh balik.unless korang siap tawarkan khidmat diri nak urus urusan imigresyen pergi dan pulang aku.then jawapan yang akan diberikan dengan bangganya "boleh".sebab apa???sebab memang hal imigresyen lah yang menjadi sebab-sebab punca utama kitorang tak balik.imigresyen dia bapak leceh woo.bila kau kata je kau nak stay dekat dia punya country dalam tempoh-tempoh yang agak lama ni.then diorang akan mencipta macam-macam prosedur untuk kau.diorang tak kesah aku rasa kalau terpaksa bertungkus-lumus menyediakan macam-macam prosedur sebab diakhirnya diorang yang akan untung dengan duit yang diorang dapat.perghhh macam betul je apa yang aku cakap ni.hahaha.tapi aku rasa betul!!
  see,kalau dia nak masuk negara kita relax-relax sambil makan kuaci pon boleh.tapi kita nak pergi duduk dia punya negara tu diaa habaq hang.punya susah.tak cerita lagi pasal duit yang harus dilaburkan dekat kantor imigresyen tu lagi.banyakk kott.eh malas lah nak cerita pasal imigresyen dia.bikin panas je.haha
  jadi atas dasar itulah saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan selamat hari raya jarak jauh buat semua yang menyambutnya.*emosi bagai nak rak tiba2 sambung bagi ucapan.klass tak??haha

Saturday, 27 August 2011

hidup baru

assalamualaikum.
  bukanlah hidup baru sangat.bukanlah baru dilahirkan semula ke apa.ini cuma hidup di tempat yang baru.eeleh tak payah la explain panjang2 ye tak.ini sebenarnya nak kasi panjang entry je.kalau time exam tu seumpama ayat kau dah 160 patah perkataan nak cukupkan 180 patah jadi merepek-repek lah dimana-mana yang boleh.see kan dah panjang introduction dia.haha dah boleh start perenggan baru.
  yeah welcome to indonesia sazura!!!!welcome to makassar!!!selamat datang,tahniah!!!itu je lah ungkapan yang kau dengar datang-datang sini.*bersyukur je lah kan atleast ada orang nak wish welcome,kalau orang buat dont know kan lagi haru.haihhh la diri ini-___-
   buat pengetahuan yang tidak tahu,makassar terletak di kepulauan sulawesi.ianya kepulauan sulawesi yer.ulangan dah ni.jadi jangan nak ingat ianya terletak dekat dengan jakarta lah bandunglah.aku taknak dengar semua tu.ecewahh.haha.bila kata ianya terletak jauh dari jakarta dan bandung maka jangan nak macam-macam suruh aku ambik gambar dengan ariel peter pan lah.nak kirim salam dekat revalina s temat lah.JANGANN!kat makassar memang tak ada artis.aku dah double check dah.haha.takdelah.tapi aku 90% sure takde.taktau lah kalau ada yang dah pencen lalu pulang ke kampung halaman di makassar ni.itu bukan bawah seliaan data aku.haha.lagi satu jangan nak kata "eh eh boleh jumpa fatin liyana si blogger cantik manis tu.aww"itu pon jangan.beliau di bandung bukan makassar.siap dah balik malaysia lagi.takde dah nak duduk indonesia.hishh korang ni.tak update blog dia ke?haha.* eh sebenarnya tak kesah pon orang nak suruh berkirimsalam dkat artis ke sape2 ke bahkan nak kirim salam dekat soekarno pon aku tak kesah.-______-
  how life kat indonesia??itu soalan mereka-mereka yang caring lah selalunya bila tau aku dah sampai sini.haha.jawapannya selalunya berbeza-beza aku bagi.hahaha.life kat sini mungkin lebih kurang kat malaysia jugak tapi still tak sama.banyak sebenarnya yang tak sama.pertama yang aku paling jelas adalah jeng jeng jeng sini kadar survive untuk hidup tu macam tinggi lagi.persaingan banyak wehh.so sapa yang memilih tak dapek den nak nolong lagi haa .diorang kat sini sanggup buat apa je untuk nak dapat duit.serious.even budak-budak kecik lagi.kadang-kadang buat tertanya-tanya mana mak bapak dia?kenapa kasi anak dia keluar carik duit sendiri padahal umur tu kalau nak mendaftar dekat tadika kemas pon certain-certain tu tak lepas lagi.dekat malaysia tak nampak situasi macam tu.budak malaysia sangat untung woo.banyak yang lebih sebenarnya.mungkin itu satu kelebihan mungkin jugak satu kekurangan.kannn??
  itu baru satu perbezaan kat sini dengan malaysia.nak cerita semua dalam satu entry memang taklah.nanti-nanti je lah sambung haha.malas seyh nak menaip ni sebenarnya.orang buat blog kau pon sebok nak buat blog tapi updatenya malas.haa macam ni lah last2.orang dah beriban-riban entry kau baru lima ketul.tak boleh dibanggakan langsung.haha
  *rakyat malaysia sila banyakkan bersyukur dengan apa yang ada plisss.