.





Friday, 2 September 2011

rayaku raya

assalamualaikum
 suasana hari raya telah bermula dengan konflik mengumumkan tarikh perayaan.haihh.tung tang tung tang pemerintah dok bersidang kat jakarta nak pilih tarikh hari raya.amboii kemain macam nak pilih tarikh kenduri kawen habaq hang.akhirnya tepat pukul berapa dengann dipersetujukan oleh siapa pon aku tak tau tarikh hari raya diumumkan berlangsung pada hari rabu.semua akhirnya pasrah menerima ketentuan tuhan,dah dia kata tak nampak anak bulan nak raya macam mana.malaysia kau nampak pulak anak bulan ehh??asal tak bluetooth gambar anak bulan tu kat kitorang,boleh kita sama2 sambut hari raya hari selasa.see,kitorang kene puasa lagi.*puasa dpt pahala lah sazura.
  maka di hari rabu yang indah bergemalah takbir disegenap alam.bangun2 je start ahh nak rasa sayu kemainn.tapi cool bebeh cool.haha.dah pakai cantik2 ala2 rozita che wan dalam majalah wanita edisi 39 nak menangis memang dilarang lah kann.maka bergembiralah kami si anak2 perantauan beraya bersama-sama.masing-masing sebok memperagakan baju raya masing-masing dihadapan lensa kamera sepertinya masing-masing dah sign contract sebagai part time model kedai jakel.ahh silakan-silakan,takde sapa nak kesah kau nak posing macam mana ponn.kalau ada yang pandang tak puas hati cakap je kat dia "jeles letewww".
  hari raya kedua disambut agak meriah apabila bapak dekan yang kacak lagi kaya lagi pemurah dan baik hati telah menjemput semua anak malaysia bertandang sakan ke rumah besar beliau.serious semua anak malaysia wa cakap lu.indian pon ada sebab apa?sebab sudah jelas dia juga warganegara malaysia.jadi setelah diperakui dia memenuhi syarat2 yang ditetapkan maka mereka golongan2 yang sambut deepavali pon turut serta.yeahh welcome2.bapak dekan tuu.kat Malaysia dekan sendiri pon aku tak kenal sapa.haihhla.kat sini senang2 je datang raya kat rumah dia.fuhhh.makanan sedap tak ingat.aku yang mempunyai sifat2 gadis pemalu pon sampai 3 kali buat trip ke meja hidangan tanpa rasa bersalah sedikit ponn.terima kasih ya bapak dekan sekeluarga.enak sekali dehh makanannya:)
  okay dah boleh sambung bahasa key-el balik.raya ketiga diteruskan dengan girangnya tanpa memikirkan diri berada di perantauan.ini kerana kami telah diundang ke rumah teman indonesia.hoyehh.dah la datang berambik pulang berjemput sapa tolak memang kufur nikmat lahh.memandangkan dekat bilik pon dah nampak tiada masa depan jadi haruslah bersetuju untuk menerima undangan.ohh kredit juga harus diberikan pada rumah ini sebab makanan yg diberi memang terbaik habaq hang.sampai sekarang pon still terngiang-ngiang rasa makanan tu.perghh.ada rasa2 malaysia sikit.itu yang penting dahla tuan rumah tersangat baik hatinya.siap sediakan bantal untuk baring time kitorang layan sinetron.gua tak tipu bai.betull!!*tapi standard gadis lah kan,takkan nak buruk perangai sangat kat rumah orang.duduk je la.hihihh
  mungkin cukuplah review 3 hari beraya.nak buat sebulan punya review hari raya macam melampau over kemain gayanya.semoga tahun depan dapat balik malaysia *boleh ke berharap begitu?haha

*masyarakat malaysia yang tak habes2 beraya tu,udah2la.tahun depan sambung lagi.kita sambut sama2.aku balik kannn.haha

No comments:

Post a Comment