.





Saturday, 27 August 2011

hidup baru

assalamualaikum.
  bukanlah hidup baru sangat.bukanlah baru dilahirkan semula ke apa.ini cuma hidup di tempat yang baru.eeleh tak payah la explain panjang2 ye tak.ini sebenarnya nak kasi panjang entry je.kalau time exam tu seumpama ayat kau dah 160 patah perkataan nak cukupkan 180 patah jadi merepek-repek lah dimana-mana yang boleh.see kan dah panjang introduction dia.haha dah boleh start perenggan baru.
  yeah welcome to indonesia sazura!!!!welcome to makassar!!!selamat datang,tahniah!!!itu je lah ungkapan yang kau dengar datang-datang sini.*bersyukur je lah kan atleast ada orang nak wish welcome,kalau orang buat dont know kan lagi haru.haihhh la diri ini-___-
   buat pengetahuan yang tidak tahu,makassar terletak di kepulauan sulawesi.ianya kepulauan sulawesi yer.ulangan dah ni.jadi jangan nak ingat ianya terletak dekat dengan jakarta lah bandunglah.aku taknak dengar semua tu.ecewahh.haha.bila kata ianya terletak jauh dari jakarta dan bandung maka jangan nak macam-macam suruh aku ambik gambar dengan ariel peter pan lah.nak kirim salam dekat revalina s temat lah.JANGANN!kat makassar memang tak ada artis.aku dah double check dah.haha.takdelah.tapi aku 90% sure takde.taktau lah kalau ada yang dah pencen lalu pulang ke kampung halaman di makassar ni.itu bukan bawah seliaan data aku.haha.lagi satu jangan nak kata "eh eh boleh jumpa fatin liyana si blogger cantik manis tu.aww"itu pon jangan.beliau di bandung bukan makassar.siap dah balik malaysia lagi.takde dah nak duduk indonesia.hishh korang ni.tak update blog dia ke?haha.* eh sebenarnya tak kesah pon orang nak suruh berkirimsalam dkat artis ke sape2 ke bahkan nak kirim salam dekat soekarno pon aku tak kesah.-______-
  how life kat indonesia??itu soalan mereka-mereka yang caring lah selalunya bila tau aku dah sampai sini.haha.jawapannya selalunya berbeza-beza aku bagi.hahaha.life kat sini mungkin lebih kurang kat malaysia jugak tapi still tak sama.banyak sebenarnya yang tak sama.pertama yang aku paling jelas adalah jeng jeng jeng sini kadar survive untuk hidup tu macam tinggi lagi.persaingan banyak wehh.so sapa yang memilih tak dapek den nak nolong lagi haa .diorang kat sini sanggup buat apa je untuk nak dapat duit.serious.even budak-budak kecik lagi.kadang-kadang buat tertanya-tanya mana mak bapak dia?kenapa kasi anak dia keluar carik duit sendiri padahal umur tu kalau nak mendaftar dekat tadika kemas pon certain-certain tu tak lepas lagi.dekat malaysia tak nampak situasi macam tu.budak malaysia sangat untung woo.banyak yang lebih sebenarnya.mungkin itu satu kelebihan mungkin jugak satu kekurangan.kannn??
  itu baru satu perbezaan kat sini dengan malaysia.nak cerita semua dalam satu entry memang taklah.nanti-nanti je lah sambung haha.malas seyh nak menaip ni sebenarnya.orang buat blog kau pon sebok nak buat blog tapi updatenya malas.haa macam ni lah last2.orang dah beriban-riban entry kau baru lima ketul.tak boleh dibanggakan langsung.haha
  *rakyat malaysia sila banyakkan bersyukur dengan apa yang ada plisss.
 

No comments:

Post a Comment