.





Thursday 14 March 2013

Monday 31 December 2012

2012

Assalamualaikum

Selamat akhir tahun 2012.Takde apa yang menarik untuk diceritakan.

*sambut tahun baru sambil baca notes cardio.awesome liddat

Friday 16 November 2012

karipap dan kedutaan

Assalamualaikum.
Sesaja aku bukak belog yang dah lama tak diberi perhatian ni,tiba tiba guwa dikezutkan lagi dengan follower baru.Dah dari mana pulak dia tau aku ada blog ni.*hai dyana sambil lelambai tangan*.Nampak ada kemajuan ye blog saat dia menaip ini.Biasalah hidup kena ada kemajuan,kalau static tu mati namanya.

Macam semalam aku berjaya memajukan diri aku  setapak apabila berjaya buat kuih karipap.Todiaa.aku tak pernah pikir yang aku akan berjaya buat karipap sebab aku selalu rasa buat karipap tu kerja opah dan emak-emak.Opah merujuk kepada opah aku dan emak-emak merujuk kepada mummy dan makcik-makcik aku.Sebab kalau kat kampung nak makan karipap golongan2 ni yang tukang buatnya.Tetapi semalam bagai kera mendapat bunga,sazura mendapat daging dan kentang,lantas aku gigih memasak inti.Tung tang tung tang siap satu kuali besar inti kentang dengan daging.Pheww.Mak mertua mana yang mahu tolak tuah ambik aku ni sila mengaku cepat?Doh karipap kawan aku buat lah,ofkos la kerja sama berbagi mak mertua sama dicari.Kalau dah aku sorang nak buat semua,nanti aku sorang je dapat bakal mak mertua,kawan aku tak dapat pulak.Kehkeh

Hari ni pulak aku mencarik satu lagi kemajuan.Tadi dengan takut takutnya aku pergi call pihak kedutaan.Kedutaan tau uolls.Pong pang pong pang aku cerita masalah rumah aku mintak pendapat pihak kedutaan untuk selesaikan.The point is bukan aku nak cerita apa suggestion orang kedutaan tu,tapi the point is yang korang kena nampak ialah keberanian aku menelepon Encik ludinata tu.Wah kemain nama.Lebih kurang pelakon Kuswadinata.Takut aku time sebut nama dia dlm fon tadi "Assalamualaikum,ini encik Ludinata ye?Nama saya ras,Saya student dekat unhas makassar,saya ada masalah nak cerita dekat encik,encik ada masa ke?" gitteww aku berbudi bahasa.Tell me again calon menantu yang baik tak aku ni?

Bukan nak membangga atau membatak sebab dapat buat karipap dan telefon pihak kedutaan.Tapi nak tunjuk lah kita kena ada improvement.Gittew.Kalau dulu kat malaysia,nak call order pizza hut pon guwa tak berani.Mesti gaduh gaduh punya sebab A suruh B call,B suruh A call.Tapi kini,insyaAllah lebih berani sedikit,(tapi kena 17 kali karang ayat dulu la nak cakap apa lulz)

Ya sudahlah,harus bersiap.Malam ni kitorang ada ladies night dekat griya.Buat bbq bersama all girlfriends.Hihik

*kalau buat karipap punya design tu,kita panggil kilin kan?"tolong kilin karipap ni".tapi kawan aku panggil lipat.yes mari lipat karipap.lol:)

Monday 22 October 2012

kezutan

Assalamualaikum.

Pagi tadi telah dikejutkan oleh tweet mention daripada Sughaya yang menyatakan dia bersarapan blog aku.Ini bermakna dia sudah membaca blog aku.Ini seterusnya membawa erti dia telah mengetahui kewujudan belog yang cuma mempunyai dua pengikut sahaja ini.Wah wah wah.Penat aku sorok tak bagitau orang tiba tiba dia boleh tau.Kok bisa?

*Ya sudah.Nak baca silakan.Taknak takpayah.Aku pon selalu lupa aku ada blog.:p


Tuesday 7 August 2012

emosi

Assalamualaikum

Hai dua orang follower!!Ada dua je pon,tapi taktaulah diorang ni baca ke tak entry2 aku.kahkahkah(kelakar menda?).Alhamdulillah uolls,dah dua minggu i dekat malaysia ni.Plan nak balik makassar balik last week sempena menyambut kedatangan junior tak jadi,tiket sold out habaq hang.Punya ramai junior sampai satu flight korang book.Ganas.Jadi menyambung cutilah gamaknya i kat Malaysia.

  Urm Malaysia ni kan ada banyak zaman aku rasa.zaman yang time tu atlit sukan power2,power sungguh.Zaman yang mana penyanyi ada label dia dari team recording mana(suria record,EMI,KRU),zaman yang perempuan perempuan memilih untuk jadi kreatif  buat bunga guna straw dari masak lauk untuk laki.Zaman yang orang rakus nak cepat kaya pergi masuk skim skim haram jadah penipu tu.Last last menangis reramai bila pergi syarikat skim tu,syarikat tu dah tak beroperasi.Haa banyak lagi lepas tu.Tulis semua karang dah jadi belog sejarah negara pulak.

  Tapi yang sekarang ni zaman update update status kat laman social kan?Tak kesahlah fesbuk ke twitter ke.Sikit sikit tulis.Tunjuk semorang apa kau rasa.'sedihlah tak shoping baju raya lagi huhuhu' yeayyy bukak puase dengan kengkawan!!lama tak jumpa!!:P' Yang rajin terlebih upload la gambar2 sikit.'ha ni lah menu berbuka kitorang harini<3'.

  Aku tak kesah sangatlah,memasing punya la kan nak buat apa.Aku still boleh terima lagi yang jenih2 macam tu.Yang annoying sikit ni yang jenis status status cinta sepanjang masa.Ahhhhhh.setiap kali update mesti nak yang melibatkan perasaan perasaan ni."eh,kite update yang islamic islamic punyalah". Ahh tak kesahlah even ada unsur unsur islamic sikit.Sikit je pon aku tengok.Aku rasa kalau nak islamic baik lagi kau post pasal tazkirah2 ke.

  Dia ada banyak jenis orang yang macam ni,yang jenis dia dah ada partner and memasing nak show off to the world diorang punya love story,how much they loves each other,how much they can  be good example to other couples.Pffttt.Tengah bahagia tayang.Karang gaduh pon tayang lagi.Belajar ber'privacy' boleh dak?.Ada yang jenis dia single lagi tapi mengharapkan dia pon punya pasangan."kalaulah dia jodohku,blablabla" memang kadang-kadang tu bulih kira jadi doa tapi kalau dah setiap masa,tak rasa over ke?Memang doa kau nak jodoh je ke?Ke apa?Ada yang jenihh dia cuma ada crush."kite tak couple,couple haroom!,ada crush tak salah,semua orang punya perasaan". Ahh memanglah,tapi kalau asik dok update 'ur smile can make my day' 'hensommya dia pakai baju kotak2' 'eeii comel sangat leww dia',,asyik dok memuja-muji tu kira apa ea?.Ada lagi yang perangai kalau dia post something or tweet something macam dia yang paling pakar tentang cinta lah.dia yang legend! 'perempuan ni dia paling tak suka lelaki reply text lambat' 'lelaki ni nampak je kasar,tapi kalau dia sayang,dia sayang betul'. Ahhh memanglah sometimese betul tapi takperlulah kau nak letak,semua orang tau je basic basic macamtu.Nak letak status macam tu letak la power power sikit 'perempuan ni sebenarnya suka lelaki yang pemurah,nak kasi hadiah  kasilah perfume Lancome jangan hadiah tiket wayang,movie download kat youtube pon bulihhh'

  Dah sudah emosi betul taip entry yang ni.Sebenarnya tak semua yang update benda macam tu annoying.Aku cuma tak boleh terima kalau budak budak sekolah buat.or budak budak yang baru habes sekolah,sijil berhenti pon tak ambik lagi buat.Gittew.

*sebenarnya annoying tengok budak2 ni retweet benda benda macam tu kat twitter.

 

Sunday 22 July 2012

adik annoying

Assalamualaikum

  Alhamdulillah tahun ni tahun kedua sambut puasa kat Makassar.Tapi sekejap je lah sebab i nak balik Malaysia lusa uolls:p.Oh yeahh puasa kat Makassar sama je macam kat Malaysia cuma kitorang sahur awal berbuka pon awal sejam.Puasa kat Makassar ni di sambut dengan sederhana je almaklumlah takde bazaar ye dak?So masak sendiri je la and kalau dah kata masak sendiri tu takde lah sampai berjenis-jenis lauk tambah beraneka kuih muih.Rajin pulak aku nak buat?-,-

Nak cerita pasal dugaan puasa kat perantauan ni memang tak ada apa lah sangat kan.Sama je.Tapi semalam ada satu dugaan hebat time aku nak tarawikh.Tu diaa sampai nak masuk belog habaq hang:p Cerita bermula bila aku tegur sorang budak indon ni.Mula-mula tengok alolololololo comelnya budak ni,kecik-kecik dah pandai sembahyang.Tapi standard budak-budak lah lama-lama comel alolololo dia tu jadi annoying gaban-,-

  Mula-mula sembang-sembang kosong je la,"adek,siapa nama?" " mana mama mu?" "adik puasa nggak?" lama-lama  bila dia dah stable dengan kitorang dia pon mula nak ajak main.First dia nak ambik henfon aku time aku reply sms,Aku tak kasi weh.Lepas tu dia siap cakap "sms sama pacar ya?"amboiii pandai kantoikan aku.Tak dapat henfon dia nak pakai spec kawan aku pulak. "mau kaca mata, kaca mata kaca mata!!" pon kawan aku taknak bagi,kitorang kata "kalau kamu pake nanti mata kamu bisa rusak".Dia lawan balik "nggak peduli nggak peduli".Ehh korang nampak tak dia dah masuk fasa awal annoying.Dia takdapat yang tu dia ajak aku main sep sep pulak.Amenda main sep sep dalam surau dik oii.Aku layankan je la sebab lagi dua orang kawan aku tegar taknak main sep-sep dengan dia.

Fasa klimaks dia datang time start nak solat tarawikh.Adik ni 'port' baik je sebelah aku.Mak dia panggil pon dia taknak pergi.Aku biar je la dia nak solat sebelah aku .Tapi susu yang aku bagi,tuba yang dia balas.Kesabaran aku mula diduga .Aihhh.Time aku elok-elok solat dia geletek  aku.Omaigod.Nak menangis tahu!Serious nak nanges:(.Then aku tak tahan aku tangkap tangan dia aku cubit2.Geram I!. Aku punya solat taktau nak cakap macam mana dah la time tu,bergoyang-goyang aku tahan geli.Ciss.Then bila time sujud pulak dia jadi penghasut,dia bisik kat telinga aku "cepat,bangun,bangun,bangun".ewah ewah ewah heyy,kitew nak sembahyang ikut imamlah!!.Aku dah tak tahan, masuk rakaat yang tujuh dengan lapan,aku suruh dia tidur.Hikhik.Dia pon baring,Tapi kata orang kalau sekali annoying memang annoying sampai bila-bila lah.Dia tau yang kitorang nak sujud dia letak muka dengan tangan dia dekat tempat sujud kitorang.-_________- kenapa kau seksa aku sampai macam tu adik??

*paling annoying sebenarnya is mak dia,macam mana mak dia boleh biar perangai anak tak semenggah depan orang!

Saturday 14 July 2012

tanpa motiff

assalamualaikum

  Pernah rasa tak the moment apabila rasa nak tulis entry baru tapi tak tau nak cerita pasal apa.Tapi nak tulis jugak.Haa macam aku sekarang ni la!!dengan kelembapan internet yg super duper lembap tetap rasa nak menaip.See aku dah taip satu perenggan:)

*memang kadang2 buat something tak perlu ade motif